Recent Posts

Thursday, 27 May 2010

‘Big Fish Moment with Pizza Hut’



Ok, everyone has it owns favourite food right? Ada yang suka makan ayam goreng, ikan, daging, kerang dan tak dilupakan udang! My smallest brother, Danial, dia TAK suka makan ikan. Yup! Dia TAK suka makan ikan. Umur dia 10 tahun and everytime my mom masak ikan dia tak akan makan sebab dia cakap ikan x sedap plus dia akan cakap ikan ada bau lagi. Haih. So, me and my other brothers dah cadang nak ajak Danial pergi makan PIZZA HUT. Yup! Pizza Hut. Tapi, bukan untuk makan Pizza biasa, tapi....the new Pizza yang baru keluartu. Tadaaa!


Haa, ni Pizza barutu. Danial ingat kitorang nak makan Pizza biasa. Tapi, sebenarnya kitorang nak suruh dia belajar makan ikan dengan makan FISH KING PIZZA! Hehehe. Yela, kan rugi kalau tak makan IKAN. sebab IKAN kan sumber PROTEIN yang bagus. Rugilah kalau tak makan. Tu yang kena “paksa” Danial makan ikan jugak. Dengan apa cara sekalipun, dia kena belajar makan IKAN.


So, malam 24hb(tunggu gaji punya pasal)..hehe.. kitorang pergi makan Kluang Mall coz there’s a Pizza Hut kat situ. And sambil pelayantu tunggu kitorang order. Adala sikit perbalahan yang berlaku. Well, Danial nak Chicken Supreme, kitorang pulak nak FISH KING PIZZA. And guess what? Of coursela kitorang menang, 3-1. Hehe.

So, sambil menunggu FISH KING PIZZA sampai, sempatla tangkap gambar-gambar muka yang tengah kelaparan.



FISH KING PIZZA sampai lepas 10 minit camtu. And hasilnya, WOW!, memang TERLIUR!


Well, actually masa FISH KING PIZZAtu sampai, errr, x sangka kitorang boleh berebut sesama sendiri. Hehe. Mana tak nya, semua bergaduh nak dapatkan FISH FINGER yang sedap dengan besartu, tapi...bukan semua saiz dia samake? (-_-“). Paling geram bila Boboy sibuk nak curik FISH FINGER orang, geram giler. Dia dah makan 3 keping dah, berani nak curik orang punya lagi!

NAMPAK SANGAT X SABAR NAK TRY PIZZA BARU..(-_-)


BABAK YANG BERLAKU BILA BOBOY TRY CURIK FISH FINGERKU!!

And after semua orang dah berebut dapatkan FISH KING PIZZA masing-masing, adalah beberapa babak “comel” yang berlaku. Nak tau apa babak comeltu? Haaa, baca sampai habis k!

Sebelum tau apa babak comel yang berlaku, apa kata korang tengok dulu gaya makan kitorang. FISH KING PIZZA yang baru dari PIZZA HUT memang sedap. Dengan FISH FINGER BESAR yang dia letak kat every slice of Pizza boleh buat korang terliur! X caya? Tengok gaya kitorang makan dah tau. Lagi sedap bila perah dengan lemon yang disediakan. Mau nak pergi lagi sekali! Serius!

GAYA MAKAN BOBOY TERLIUR!


GAYA DARI HILMI PULAK...


MY TURN!!


Mesti korang terliurkan tengok kitorang makan camne. Hehe. Ok, babak yang “comel” tiba bila Danial nangis tiba-tiba masa makan. Yup, he cried masa makan FISH KING PIZZA! Ops, sudah. Alamak, apa pasal la pulak dia nangis tiba-tibani. So, kitorang tertanya-tanya kenapa dia nangis. Ni mesti sebab kes “terpaksa” makan Pizza Ikan la ni. Nak tengok dia nangis camne?


NI NANGIS REAL PUNYA OHH..


MENANGIS TERESAK-ESAK TIME MAKAN PIZZA..

Woo, dia nangis. Nangis betul-betul pulaktu. Masa dia nangistu, sempatla tanya dia kenapa dia nangis..(p/s: sayakan kakak yang baik. Hua3)

Me: Danial, nape danial nangis? Danial x suka Pizzatu sebab Pizza IKAN ea??
Danial: (sambil lap air mata) Danial tak suka ikan. Tapi, Pizzani SEDAP....
Me: laaa, pastu kalau SEDAP kenapa Danial NANGIS??
Danial: Sebab Danial baru tahu IKAN sedap sebenarnya....(sambil lap air mata)
ME: (gelak kuat-kuat)..hahaha..danial-danial. Hehe..

Lepas Danial makan Pizzatu, dia dah tak nangis dah. Gelak lagi adalah, =). Comel betul! Ehem, nak tau apa yang berlaku lepastu?? Kitorang gaduh nak dapatkan FISH FINGER yang tinggal lagi 1 je kat pan tu! Nak tau? Danial pun berebut sekali!!



Haa, semua tak nak mengalah sebab nak dapatkan FISH FINGER pizza yang sedaptu. Last-last, kitorang bagi Danial ambik, sebab akhirnya dia suka jugak makan ikan. Bagilah can kat dia yang 10 tahun tak makan ikantu. Terharunya..sob..sob.. Danial dah pandai makan ikan...

Makan pizza memang mengenyangkan. Kenyang giler malamtu. Cuba tengok gambarni, memang kenyangkan? Boboy yang sibuk nak curik FISH FINGER orang sekarang tengoklah, dah kekenyangan tahap maximum. Haha.



Before balik, kitorang sempat tangkap gambar dengan MODEL FISH KING PIZZA HUT kitatu. Yup, uncle pancing Danial panggil. Tengoklah muka Danial, dah tak nangis lagi dah, tapi dia happy sebab dia dah makan ikan dah sekarang. THANX PIZZA HUT sebab buat Danial makan ikan. hehe.


RIANGNYA DANIAL BERGAMBAR..


PESANAN DARI UNCLE PANCING...



PIZZA HUT tempat makan sekeluarga,
Mengeratkan hubungan sesama insan,
Kami makan Pizza dengan gembira,
Kerana Danial kini sudah menggemari ikan.

FISH KING PIZZA, thanx a lot!

2 saya giler contest:

yana said...

boleh menang ni! gambatte!

f_aRa_aINa989 said...

aminnn...thanx yana...=)

Post a Comment