Recent Posts

Powered By Blogger
Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, 22 August 2010

Peraduan Teka & Menang by Miza Yusof

Ok, korang yang nak tahu syarat2 dia leh klik kat cni k:


jawapan: 23 kad rm5 + 36 kad rm10 = rm475
tag:

ASADA RYUTARO
MIRA
AIN

TARIKH TUTUP: 4 SEPTEMBER 2010

Wardah Wardrobe 1st Giveaway




Syarat-syarat :
1. Mesti mempunyai blog. (Lain kali saya buat terbuka ye untuk yang takde blog.)
2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAYdan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (sekiranya korang dah follow, sila nyatakan nama yang korang gunakan).
4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada ENTRY dan SIDEBANNER beserta LINK BACK.
5. MASUKKAN LINK WARDAHWARDROBE ke dalam bloglist korang.
6. Tag 3 ORANG KAWAN-KAWAN korang untuk turut sama join giveaway ini.
7. Sila tinggalkan komen di entry saya ni beserta link ke entry korang. SilaSERTAKAN EMEL supaya senang dihubungi..
HADIAH -HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :
Ada 3 hadiah disediakan.
2 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh mak saya; Puan Werdah.
Hadiah untuk 2 pemenang tersebut ialah SEHELAI BLAUS PILIHAN setiap seorang dari koleksi wardahwardrobe.
Manakala seorang lagi peserta dengan slogan terbaik pula akan memenangiSEHELAI BLAUS PILIHAN dari koleksi wardahwardrobe BESERTA 1 HADIAH MISTERI.
Tarikh giveaway bermula pada 9 Ogos 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010.
Jomlah join beramai-ramai ye.

Ok, so jom settlekan syarat2 dia 1 per1 k...

Ok, mula2 kena citer ckit pasal wardah wardrobe ni....
--> Wardah wardrobe ni dia jual blouse-blouse muslimah yang serius mmg sangat cantik...berkenan sangat dengan design dia...nak tengok??


lawakan?? Harga dia berpatutan plus sape yang jadi member boleh dapat 5% diskaun
nak tau lebih lanjut boleh check it out kt blog dia:

2..Kena jawab slogan...
saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana baju muslimah pilihan hati, disarung di badan cantik sekali, barang dijual semua berkualiti, sebab itu wardahwardrobe menjadi pujaan hati,=)

3. Jadi follower sudah, masukkan dalam blog list sudah, letak bannerpun sudah.

4. Saya nak tag:

so, semua sudah..harap2 menang, sebab baju2 dia sangatttt cantik!!=D

Friday, 30 July 2010

Giveaway: CIK PUAN MIMI - TEKA OBJEK


Macam tajuk post tu jugak, macam tu lah giveaway kalini.

nak tau syarat2 dia leh klik kat cni:


So, orang teka: rasanya pin @ brooch yang boleh letak kat beg atau bajutu. hehe.

so, korang yang rasa2 tau bendani, pastu nak join, jomlah!!

tarikh tutup: 2 August 2010

Sunday, 18 July 2010

Saya nak menang watermark dan hadiah misteri dari eybizzonline

Contest kalini senang giler..dia juz suh taip

' SAYA NAK MENANG WATERMARK DAN HADIAH MISTERI DR EYBIZZONLINE'

dah..tu je syaratnya..korang x caya??
leh klik kat cni...
adalah jugak syarat2 tambahan


tarik tutup : 18 JULY 12 TGH HARI

Thursday, 27 May 2010

‘Big Fish Moment with Pizza Hut’



Ok, everyone has it owns favourite food right? Ada yang suka makan ayam goreng, ikan, daging, kerang dan tak dilupakan udang! My smallest brother, Danial, dia TAK suka makan ikan. Yup! Dia TAK suka makan ikan. Umur dia 10 tahun and everytime my mom masak ikan dia tak akan makan sebab dia cakap ikan x sedap plus dia akan cakap ikan ada bau lagi. Haih. So, me and my other brothers dah cadang nak ajak Danial pergi makan PIZZA HUT. Yup! Pizza Hut. Tapi, bukan untuk makan Pizza biasa, tapi....the new Pizza yang baru keluartu. Tadaaa!


Haa, ni Pizza barutu. Danial ingat kitorang nak makan Pizza biasa. Tapi, sebenarnya kitorang nak suruh dia belajar makan ikan dengan makan FISH KING PIZZA! Hehehe. Yela, kan rugi kalau tak makan IKAN. sebab IKAN kan sumber PROTEIN yang bagus. Rugilah kalau tak makan. Tu yang kena “paksa” Danial makan ikan jugak. Dengan apa cara sekalipun, dia kena belajar makan IKAN.


So, malam 24hb(tunggu gaji punya pasal)..hehe.. kitorang pergi makan Kluang Mall coz there’s a Pizza Hut kat situ. And sambil pelayantu tunggu kitorang order. Adala sikit perbalahan yang berlaku. Well, Danial nak Chicken Supreme, kitorang pulak nak FISH KING PIZZA. And guess what? Of coursela kitorang menang, 3-1. Hehe.

So, sambil menunggu FISH KING PIZZA sampai, sempatla tangkap gambar-gambar muka yang tengah kelaparan.



FISH KING PIZZA sampai lepas 10 minit camtu. And hasilnya, WOW!, memang TERLIUR!


Well, actually masa FISH KING PIZZAtu sampai, errr, x sangka kitorang boleh berebut sesama sendiri. Hehe. Mana tak nya, semua bergaduh nak dapatkan FISH FINGER yang sedap dengan besartu, tapi...bukan semua saiz dia samake? (-_-“). Paling geram bila Boboy sibuk nak curik FISH FINGER orang, geram giler. Dia dah makan 3 keping dah, berani nak curik orang punya lagi!

NAMPAK SANGAT X SABAR NAK TRY PIZZA BARU..(-_-)


BABAK YANG BERLAKU BILA BOBOY TRY CURIK FISH FINGERKU!!

And after semua orang dah berebut dapatkan FISH KING PIZZA masing-masing, adalah beberapa babak “comel” yang berlaku. Nak tau apa babak comeltu? Haaa, baca sampai habis k!

Sebelum tau apa babak comel yang berlaku, apa kata korang tengok dulu gaya makan kitorang. FISH KING PIZZA yang baru dari PIZZA HUT memang sedap. Dengan FISH FINGER BESAR yang dia letak kat every slice of Pizza boleh buat korang terliur! X caya? Tengok gaya kitorang makan dah tau. Lagi sedap bila perah dengan lemon yang disediakan. Mau nak pergi lagi sekali! Serius!

GAYA MAKAN BOBOY TERLIUR!


GAYA DARI HILMI PULAK...


MY TURN!!


Mesti korang terliurkan tengok kitorang makan camne. Hehe. Ok, babak yang “comel” tiba bila Danial nangis tiba-tiba masa makan. Yup, he cried masa makan FISH KING PIZZA! Ops, sudah. Alamak, apa pasal la pulak dia nangis tiba-tibani. So, kitorang tertanya-tanya kenapa dia nangis. Ni mesti sebab kes “terpaksa” makan Pizza Ikan la ni. Nak tengok dia nangis camne?


NI NANGIS REAL PUNYA OHH..


MENANGIS TERESAK-ESAK TIME MAKAN PIZZA..

Woo, dia nangis. Nangis betul-betul pulaktu. Masa dia nangistu, sempatla tanya dia kenapa dia nangis..(p/s: sayakan kakak yang baik. Hua3)

Me: Danial, nape danial nangis? Danial x suka Pizzatu sebab Pizza IKAN ea??
Danial: (sambil lap air mata) Danial tak suka ikan. Tapi, Pizzani SEDAP....
Me: laaa, pastu kalau SEDAP kenapa Danial NANGIS??
Danial: Sebab Danial baru tahu IKAN sedap sebenarnya....(sambil lap air mata)
ME: (gelak kuat-kuat)..hahaha..danial-danial. Hehe..

Lepas Danial makan Pizzatu, dia dah tak nangis dah. Gelak lagi adalah, =). Comel betul! Ehem, nak tau apa yang berlaku lepastu?? Kitorang gaduh nak dapatkan FISH FINGER yang tinggal lagi 1 je kat pan tu! Nak tau? Danial pun berebut sekali!!



Haa, semua tak nak mengalah sebab nak dapatkan FISH FINGER pizza yang sedaptu. Last-last, kitorang bagi Danial ambik, sebab akhirnya dia suka jugak makan ikan. Bagilah can kat dia yang 10 tahun tak makan ikantu. Terharunya..sob..sob.. Danial dah pandai makan ikan...

Makan pizza memang mengenyangkan. Kenyang giler malamtu. Cuba tengok gambarni, memang kenyangkan? Boboy yang sibuk nak curik FISH FINGER orang sekarang tengoklah, dah kekenyangan tahap maximum. Haha.



Before balik, kitorang sempat tangkap gambar dengan MODEL FISH KING PIZZA HUT kitatu. Yup, uncle pancing Danial panggil. Tengoklah muka Danial, dah tak nangis lagi dah, tapi dia happy sebab dia dah makan ikan dah sekarang. THANX PIZZA HUT sebab buat Danial makan ikan. hehe.


RIANGNYA DANIAL BERGAMBAR..


PESANAN DARI UNCLE PANCING...



PIZZA HUT tempat makan sekeluarga,
Mengeratkan hubungan sesama insan,
Kami makan Pizza dengan gembira,
Kerana Danial kini sudah menggemari ikan.

FISH KING PIZZA, thanx a lot!

Thursday, 20 May 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST




Oklah, ni entri last minute punya orang buat sebab nak masuk contest punya pasal. Hehe. Oklah, sebelum buat pape, pe kata tengok dulu dia punya syarat2 penyertaan, and of course juz a reminder for me also. Hehe.
What?
BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

When?
Berkuatkuasa serta merta hinggalah 20 May 2010

Who?
Sesiapa yang ada blog secara otomatik boleh sertai
How?

  • Tampal banner di atas di sidebar blog korang dan link ke entri ini.
  • Jadi follower ikhlas mekchu.. tak digalakkan follow kalo tak rela
  • Buat lah entry khas mengenai contest ni dgn tajuk BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu dan link ke entri ini
  • Tepekkan gmbr terindah korang semasa bercuti.. tak kisah lah bercuti kat mana sekali pun dan nyatakan secara ringkas kenapa gmbr tersebut dipilih.. Pemenang akan dinilai melalui kegembiraan/keceriaan/keriangan/keindahan/kecantikan/keseronokan percutian melalui gmbr tersebut.
  • Sila nyatakan nama glamer korang, tarikh dan tempat percutian. Gmbr thn 90-an pun diterima..
  • Dah siap semua, tinggalkan komen di entri ini beserta email address
  • Boleh hantar seberapa banyak entri yang boleh tapi hanya satu gmbr terbaik akan dipilih

Ok, so tiba2 teringat time bercuti dengan kawan2 kat PULAU TIOMAN masa cuti akhir Sem 2 aritu. Actually nak kata bercutipun x jugak sebab kena buat kerja masyarakat ckit kat sana. Tapi, pam2la kitorang bukan setakat buat kerja masyarakat kat sana, tapi ehehe, curi2 bercutila jugak. So, ni adalah gambar2 kitorang time kat sana.
Nampak plastik sampahtu? Tu sebab kitorang kena kutip2 sampah kat tepi2 pantai. Agak sedih jugaklah sebab orang buang sampah kat tepi2 pantai.

Haa, sila abaikan betis2 yang terpapar di atas ea. Hehehehe. Ni gambar pas dah habis kutip sampah. So, keja dah settle, kitorang pe lagi, main lautla. Hehe.

Pas je buat keja2 pembersihan, kitorang kena pegi TAMAN LAUT. Kat cni, kitorang kena dengar ceramah, pas dah dengar ceramah yang agak membuatkan orang ketidurantu, kitorang pegi tengok replika2 haiwan laut yang ada kat sana.


b4 balik esoknya, kitorang sempat tangkap beberapa gambar giler2 ckit..hehehe


gambar gila siri 1


gambar gila siri 2



gambar siri akhir...org wat special ckit...hehe

nama glamer: faina
Kitorang g pulau tioman masa cuti akhir sem 2 lepas (10-12 mei 2009)



Friday, 30 April 2010

"Ceritaku yang paling sedih fasal duit."

"Novel kedua Khairi iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni."
Ceritani 80% daripadanya benar, manakala 20% daripadanya diolah sedikit oleh diriku.ceritanya berkisar tentang Fatin, rakan karibku. Fatin, mempunyai 5 orang adik beradik.Fatin merupakan anak yang sulung.  Ayahnya pengurus bank, manakala maknya guru. Hidup fatin agak bahagia pada mulanya, ye lah, ayahnya pengurus bank manakala ibunya guru. Memang cukup untuk menampung hidup sekeluarga.

Tapi, biasalah bila bekerja di pejabat. Skandal  dengan pompuan lain itu adalah normal. Benda yang sama berlaku kat ayah Fatin. Sejak ada skandal dengan pompuantu, ayah Fatin x beri duit langsung pada ibunya. Kira ibunya kena menanggung suma tanggungan dalam rumah. Setiap hari mak Fatin akan keluarkan duit untuk beli lauk. Ye lah, nak bagi anak makan dengan apa. Bukan sekadar duit nak beli lauk kena dikeluarkan oleh ibunya, tapi termasuk juga hal-hal di rumah. Hal-hal di rumah? Lebih teruk lagi bila barang-barang keperluan rumah semua ibu Fatin yang tanggung. Kejam x?


 Pernah TV rumah si Fatinni rosak, mak Fatin yang kena beli ganti baru. Kadang-kadang lampu bilik rosak, Fatin nak study x dapat sebab bilik gelap. Kalau ibunya yang x betulkan xde sape yang akan betulkan. Kira ayah si Fatinni memang x amik peduli pasal dorang langsung. Ibu Fatin pula seorang guru di daerah lain( disebabkan kenaikan pangkat). Kira pukul 5.50 pagi setiap hari ibunya akan bertolak dari rumah dan macam biasa, duit tol dengan minyak ibunya yang akan tanggung sendiri.

Pernah dahulu ibu si Fatin pergi kursus. Biasalah, dah namanya cikgu. Masatu, ayah Fatin mengungkit kena keluarkan duit tuk beli makanan anak-anak. Kebetulan si Fatin terdengar waktu itu. Apa yang terjadi? Selama 2 hari Fatin x makan nasi. Kecik hati dengan ayahnya sebab ayahnya menganggap dirinya serta adik beradiknya sebagai “anak” yang menyusahkan. Apabila ayahnya bertanya, “nak makan apa?” Dijawabya x lapar. Dalam hati xde sape yang tahu bahawa Fatin ini tahan menangis. Adik beradiknya yang masih kecil masatu juga sanggup tahan lapar x makan nasi.

Bape tahun kemudian, ayahnya dipecat kerana pecah amanah. Masani, Fatin baru nak melangkah masuk ke Universiti. Dengan pointer 3.75 yang diperolehinya masa STPM apabila dicakap hendak sambung belajar disuruh kawen oleh ayahnya. Tapi, mak dengan nenek Fatin x kasi. Jadi, Fatin pergi juga sambung belajar ke universiti. Masuk universiti, pinjaman PTPTN yang Fatin dapat memang sedikit. Cuma rm550 untuk 1 sem. Kalau x silap, Fatin dapat sedikit sebab masatu ayahnya beri slip gaji semasa masih kerja di bank, sebab baru dipecat masatu.

Setakat rm550, Cuma lepas duit yuranje. Duit makan? Duit beli buku? Fatin dapat rm30 dari ayahnya seminggu. Kesian tengok fatin, setiap hari makan lauk ikan bilis, telur, x pernah sekalipun dia beli makanan kat luar(kat kedai2 @ restoran) sebab jimat punya pasal. Pernah sekali dia pinjam duitku. Cakap ayahnya x masukkan duit lagi. Rasa cam nak nangis tengok muka Fatin. Yelah, diceritakannya jikalau lecturer minta beli buku, Fatin akan fotostat sahaja. Kalau x pun, dia akan pinjam kawan yang beli buku tersebut. Fatin juga pernah cerita, kalau orang lain masuk pesta konvo bawa keluar tudung, baju. Tapi, bila Fatin masuk pesta konvo, yang dibawanya keluar cuma fish ball yang berharga rm1. Kesian bila dengar dia citer. Yela, mana x nya, x boleh buat macam pompuan lain buat walaupun ayah dan ibu agak berkerjaya. Xkan nak mintak ibunya, sedangkan ibunya sendiri yang tanggung keluarganya sendiri.

X seperti gadis2 lain yang turun ke KL untuk bershopping, Fatin x pernah turun ke KL kerana xde duit. Kalau kasut ke kuliah cuma sepasang. X seperti gadis lain yang mempunyai kasut 3-4 pasang kasut. Fatin akan pakai kasuttu sampai koyak teruk, dah teruk sangat baru dibeli lain. Punyalah jimat, bukan sebab kedekut, tapi sebab takut diungkit-ungkit oleh ayahnya asyik menghabiskan duit. Sedangkan ayahnya beri dia rm30je seminggu.  Bayangkan diungkit-ungkit habiskan duit sedangkan sudah jadi kewajipan ayahnya beri nafkah terhadapnya. Kalau orang lain di universiti selagi boleh balik mesti balikkan??

 Tapi, Fatin akan balik waktu cuti sem je , sebab kalau Fatin balik mesti akan menyusahkan maknya lagi. Sebab duit tiketpun maknya yang akan keluarkan duit. Adik – beradik Fatinpun mengalami nasib yang sama. Pernah ku tanya pada adik-adiknya, “ Faris, x beli buku rujukanke?” dijawab Faris yang tengah ambil SPM ketika itu, “err, x payah belipun xpe kak, guna buku teks cukuplah” ku tanya lagi, ”nape x mintak papa?”. Faris jawab dengan nada perlahan, “ sebab nanti....papa bising”. Kesian tengok adik2 Fatin mengalami nasib yang sama.


        Kini, dah 4 tahun berlalu, alhamdulillah Fatin berjaya bergelar seorang guru. Kini, Fatin dapat tolong maknya sikit-sikit.  Yang pasti, hidupnya di universiti bukan seindah seperti yang dilalui oleh insan yang bergelar mahasiswa. Owh lupa, kali terakhir jumpa adiknya masa cuti raya cina. Ku tanya sekali lagi, “ Faris, papa still camtuke?” dijawab Faris, “ aah, huh”. Ku tertanya sampai bila mereka sekeluarga akan mengalami  “cerita sedih pasal duitni” yang berterusan. Huh.

Tamat.

Ceritani kalau nak diikutkan xde kehabisanpun sebab sampai sekarang ia masih berlaku. X perlu tanya banyak2, cuma ingin dikongsi cerita sedihni. Walaupun this is for a contest yang orang join, tapi masa orang karangni memang ada air mata yang mengalir mengenangkan kisah hidup Fatinni. Banyak yang x diceritakan, cukup dikongsi kisahnya sekadar renungan korang.
korang nak join contestni?? Klik kat cni..



tuan buat blogni bernama khairi. Bila baca profile dia rasa diani agak hebat ohh.. nak tau nape? G skodeng sendiri kat blog dia k!!

orang kena tag 2 member tuk join contestni..ain, mira...saya tag kamu.

kalau ada masa free pas exam boleh godek2 idea k..hehe

Monday, 12 April 2010

Kenapa nak Hadiah Misteri Dari si Lucky Tuah??


si lucky tuah ingin memberi,
sebab tu lah saya join contestni..
nak tau apa hadiah dia bagi?,
sila2la klik linkni

sebab nak menang perlu diberi,
kenapa nak ea??
sila dengar coretan ini…

mula2 masa masuk blog lucky tuahni, waa..ada entry melekat..hehehe..
so, dia cakap kalau nak masuk mesti pompuan..kita pompuanlah..ada can, ada can..hehe..
and dia cakap menang product ELKEN..orang pi la cari product apo ko bondo namanyatu…and I found this..=)



waaa..nak menang(actually x specific secara detail hadiah apa yang dia nak bagi, jadi..jangan over ehh)..hehe…nak menang sebab teringin try product baru…lagi2 product ELKENni dia TOP MLM company in Asia pacific for health, wealth and social oppurtunitues..productni bukan leh jumpa kat Watson, guardianke..kalau jumpa boleh try beli..tapi, sebab produtni boleh jumpa kat tempat2 tertentuje…paling special, dia ada banyak produk2 keluaran under ELKENni..dari ke kesihatan ke barangan kecantikan..soo, kat mana lagi nak dapatkan hadiahni selain dari masuk contest si lucky tuahni..=)…sebabtula orang nak sangat menang contestni…

Follower lucky tuah sudah ku jadi,
buat entry nape nak menangpun sudahku coreti,
skang apa yang tinggal lagi??,
pengumuman pemenang x nama lagi…

tarikh tutup 15 APRIL 2010...

Saturday, 10 April 2010

"KONTEZ DIALOG KELAKAR" by FITRIHADI






Nampak banner?? Banner tu nampak??? Cuba tengokni pulak, nampak???

haaaa, takut2...takutla tu..relax k..ni bukan blog berhantu..hehehehehe.....kalini orang masuk contest dari blogni..   http://fitrihadi.com/ . Blogni dia buat contest, korang berminat? nak tau syarat2 dia?? klik kat banner contestni jom....ala, yang kat atastula....kalau gedik malas nak naik scroll atas, ni link dia... http://fitrihadi.com/2010/03/kontez-dialog-kelakar/
P/S: x leh besarkan, x muat ruang dia...nak baca detail klik bg besar ea....

nak tau apa hadiah2 yang dia bagi?? yela, kang x tau hadiah x teruja nak join..ecece.....

1) RM50 untuk SEORANG pemenang tempat PERTAMA! Akan di’bank-in’kan ke akaun pemenang.

2) Sebuah mouse (1200 dpi) jenama DELL untuk SEORANG pemenang tempat KEDUA! Akan diposlaju.

3) Sekeping Silicone Mouse Pad jenama ClipTec untuk SEORANG pemenang tempat KETIGA! Akan diposlaju.

haaa, dah teruja nak join?? pe lagi kawan2..join r....

Sunday, 4 April 2010

KOMEN & MENANG


ehem. entrini saya copy paste ikut tuan empunya punya syarat2..jadi...nak tau lebih lanjut..klik kat bawah....

Seperti mana yang haikal janji dalam entri haikal yang lepas, haikal akan adakan satu contest dalam masa terdekat ni dan ya, masanya telah tiba. Tepuk tangan semua orang. Hohoho. Ni adalah contest haikal yang pertama. So haikal harap sangat korang join contest yang haikal buat ni ok. Support la haikal skit ye. Lagi ramai yang join lagi best
Macam mana cara nak main contest ni? Senang je. Cuma perlu tinggalkan komen kat mana-mana entry sirhighcarl.com. Ya. Cuma tingalkan komen kat mana-mana entry dan korang mungkin pengomen bertuah sebab haikal sedang mencari pengomen yang ke 500, 800 dan 1000. Apa ganjaran menjadi pengomen yang ke 500, 800 dan 1000?
Pengomen ke 500 – RM30
Pengomen ke 800 – RM40
Pengomen ke 1000 – RM50
Buat masa terdekat ni haikal sedang mencari pengomen ke 500.
Bak kata orang misteri era, kalau anda tak komen anda tak menang. So tunggu apa lagi. Mari berkomen-komen. Oh ya, sebelum tu haikal nak bagitau terma dan syarat contest ni.
  • Contest dibuka kepada blogger sahaja. Dalam kata lain, sesiapa yang ada blog boleh join contest ni.
  • Untuk join contest ni, peserta hanya perlu copy entry ni dan tempek kat dalam blog masing-masing. Peserta juga dikehendaki menempek HTML ini kat sidebar blog masing-masing.
  • **HTML tak keluar? Degil betul HTML tu. Hohoho. Cuma klik sini dan copy URL straight dari entry haikal
  • Komen dari bukan peserta, admin ataupun anonymous juga adalah dikira. Sebagai contoh, sekiranya pengomen ke 500 adalah anonymous, haikal akan pergi kepada  pengomen yang ke 499. Kalau pengomen ke 499 pun anonymous haikal akan pergi ke pengomen yang ke 498 dan seterusnya. Macam tu jugak dengan komen yang ke 800 dan 1000.
  • Contest hanya akan ditutup apabila blog ini menerima komen yang ke 1000. So, takde tempoh masa yang tetap.
  • Pemenang akan diumumkan dari semasa ke semasa. So, keep in touch with me ok.
  • Sebarang pertanyaan boleh la ditanya kat haikal di sini.
So, apa lagi. Jom join ramai-ramai. Ingat ye, kalau anda tak komen, anda tak menang.

Sunday, 28 March 2010

CONTEST ke2 di ESOKSEMALAM!!!!


adik: abang2, apa pasal ko nampak rendah haa??? akak sebelahnipun nampak ceketotje...
abang: eh adik, ko jangan banyak cakap boleh x?? abang x bagi ko tengok WONDERPETS  nanti...ko tengoklah nanti....
adik: huwekkk....=p..x takut...WONDERPETS dah ketinggalan zamanla..tu zaman tuk kaduk daa....orang skang layan HIGH SCHOOL MUSICAL. Baru best giler kentang..were soaring, flying..lalala~~breaking free...
abang: apo ko bondo ko nyanyi tu dik?? ahhh...ko nyanyi, akupun nak nyanyi gak...x mo kalah kat ko..telefon, telefon berbunyi, telefon, kami datang....lalala~~apa yang penting??kerjasama!!
adik: abang2, jap2, adik nak menarini,,,tapi, nape adik rasa bontot cam tersekatni bang???
abang: Ahahaha......tula ko, berlagak sangat. Ko cakap abang nampak rendahla, ceketotla...Ko x perasanke ko tgh duduk kat tah apa ko bondo namo tu..yang pasti bontot ko tersekat..hahaha
adik: cop2, jap2, adik tengah duduk kat apa ko bondo namo tu???....waaa....WONDERPETS...tolong.....
abang: WONDERPETS ko bondo nya....ko punya HIGH SCHOOL MUSICAL ko mano??? Muahahaha....

Perbualan terhenti kerana mereka menunggu WONDERPETS muncul...ehehe...
wonderpets.jpg wonder pets picture by mo__y
dan seperti yang kita tahu, confirm2la tunggu sampai berjanggutpun dia x kan muncul..hehe

"PEREMPUAN itu tak patot berada ditengah-tengah adik dan abang kerana sampai hati dia membiarkan dan boleh dia senyum giler kentang senyuman manis tatkala melihat bontot adik kecik itu tersekat......biar betik?? mentang -  mentangla senyumannya manis bagaikan madu asli hutan khatulistiwa, x perlu kot dia senyum melirik memanjang. Bagaimanapun, yang pasti, senyuman itu menunjukkan betapa bahagianya dia melihat keletah 2 anak kecil itu.


tamat...hua3...gilerlah sloganni...x pnah ku sangka dapat wat slogan camni....ngeh3...haha...
anyway, to lumut...both of the "budak kecik" so cute....hehe...


ehem, korang berminat nak join contestni?? hadiah dia berupa top up rm50 daripd cik lumut kita...
korang nk join leh klik kat picture tu k??


and syarat2nya ialah:
SYARAT PENYERTAAN.
  1. mestilah ada blog untuk tulis penyertaan ini.
  2. ambil gambar dekat atas tuh....lepas tuh buat dialong antara abang dan adik...yang pompuan tengah tuh punye dialong tak payah....korang nak buat dialog panjang mana suke hati korang lah.tak ada limit.
  3. lepas dah siap dialog,mesti letak ayat last yang ni..kire macam SLOGAN..."PEREMPUAN itu tak patot berada ditengah-tengah adik dan abang kerana......................".ha bantai lah korang nak ngutuk ape kan.hehe.
  4. promote lah contest ni kalau nak.kalau tak nak tak payah.
  5. last sekali..kalau dah masuk..dah buat entry..inform dekat gua tentang lu orang punya entry....tak kisah lah apa cara lu orang nak gune untuk inform gua..asalkan gua tau dan entry lu orang tuh tersenarai dalam peserta contest dekat sidebar blog gua...
  6. kalau tak ada penyertaan........gua biar je lah expired...haha
  7. tarikh tutup penyertaan 31 march 2010.
  8. SELAMAT MENCUBA!!!senang je weh..buat dialog je..SIMPLE.