"Novel kedua Khairi iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni."
Ceritani 80% daripadanya benar, manakala 20% daripadanya diolah sedikit oleh diriku.ceritanya berkisar tentang Fatin, rakan karibku. Fatin, mempunyai 5 orang adik beradik.Fatin merupakan anak yang sulung. Ayahnya pengurus bank, manakala maknya guru. Hidup fatin agak bahagia pada mulanya, ye lah, ayahnya pengurus bank manakala ibunya guru. Memang cukup untuk menampung hidup sekeluarga.
Tapi, biasalah bila bekerja di pejabat. Skandal dengan pompuan lain itu adalah normal. Benda yang sama berlaku kat ayah Fatin. Sejak ada skandal dengan pompuantu, ayah Fatin x beri duit langsung pada ibunya. Kira ibunya kena menanggung suma tanggungan dalam rumah. Setiap hari mak Fatin akan keluarkan duit untuk beli lauk. Ye lah, nak bagi anak makan dengan apa. Bukan sekadar duit nak beli lauk kena dikeluarkan oleh ibunya, tapi termasuk juga hal-hal di rumah. Hal-hal di rumah? Lebih teruk lagi bila barang-barang keperluan rumah semua ibu Fatin yang tanggung. Kejam x?
Pernah TV rumah si Fatinni rosak, mak Fatin yang kena beli ganti baru. Kadang-kadang lampu bilik rosak, Fatin nak study x dapat sebab bilik gelap. Kalau ibunya yang x betulkan xde sape yang akan betulkan. Kira ayah si Fatinni memang x amik peduli pasal dorang langsung. Ibu Fatin pula seorang guru di daerah lain( disebabkan kenaikan pangkat). Kira pukul 5.50 pagi setiap hari ibunya akan bertolak dari rumah dan macam biasa, duit tol dengan minyak ibunya yang akan tanggung sendiri.
Pernah TV rumah si Fatinni rosak, mak Fatin yang kena beli ganti baru. Kadang-kadang lampu bilik rosak, Fatin nak study x dapat sebab bilik gelap. Kalau ibunya yang x betulkan xde sape yang akan betulkan. Kira ayah si Fatinni memang x amik peduli pasal dorang langsung. Ibu Fatin pula seorang guru di daerah lain( disebabkan kenaikan pangkat). Kira pukul 5.50 pagi setiap hari ibunya akan bertolak dari rumah dan macam biasa, duit tol dengan minyak ibunya yang akan tanggung sendiri.
Pernah dahulu ibu si Fatin pergi kursus. Biasalah, dah namanya cikgu. Masatu, ayah Fatin mengungkit kena keluarkan duit tuk beli makanan anak-anak. Kebetulan si Fatin terdengar waktu itu. Apa yang terjadi? Selama 2 hari Fatin x makan nasi. Kecik hati dengan ayahnya sebab ayahnya menganggap dirinya serta adik beradiknya sebagai “anak” yang menyusahkan. Apabila ayahnya bertanya, “nak makan apa?” Dijawabya x lapar. Dalam hati xde sape yang tahu bahawa Fatin ini tahan menangis. Adik beradiknya yang masih kecil masatu juga sanggup tahan lapar x makan nasi.
Bape tahun kemudian, ayahnya dipecat kerana pecah amanah. Masani, Fatin baru nak melangkah masuk ke Universiti. Dengan pointer 3.75 yang diperolehinya masa STPM apabila dicakap hendak sambung belajar disuruh kawen oleh ayahnya. Tapi, mak dengan nenek Fatin x kasi. Jadi, Fatin pergi juga sambung belajar ke universiti. Masuk universiti, pinjaman PTPTN yang Fatin dapat memang sedikit. Cuma rm550 untuk 1 sem. Kalau x silap, Fatin dapat sedikit sebab masatu ayahnya beri slip gaji semasa masih kerja di bank, sebab baru dipecat masatu.
Setakat rm550, Cuma lepas duit yuranje. Duit makan? Duit beli buku? Fatin dapat rm30 dari ayahnya seminggu. Kesian tengok fatin, setiap hari makan lauk ikan bilis, telur, x pernah sekalipun dia beli makanan kat luar(kat kedai2 @ restoran) sebab jimat punya pasal. Pernah sekali dia pinjam duitku. Cakap ayahnya x masukkan duit lagi. Rasa cam nak nangis tengok muka Fatin. Yelah, diceritakannya jikalau lecturer minta beli buku, Fatin akan fotostat sahaja. Kalau x pun, dia akan pinjam kawan yang beli buku tersebut. Fatin juga pernah cerita, kalau orang lain masuk pesta konvo bawa keluar tudung, baju. Tapi, bila Fatin masuk pesta konvo, yang dibawanya keluar cuma fish ball yang berharga rm1. Kesian bila dengar dia citer. Yela, mana x nya, x boleh buat macam pompuan lain buat walaupun ayah dan ibu agak berkerjaya. Xkan nak mintak ibunya, sedangkan ibunya sendiri yang tanggung keluarganya sendiri.
X seperti gadis2 lain yang turun ke KL untuk bershopping, Fatin x pernah turun ke KL kerana xde duit. Kalau kasut ke kuliah cuma sepasang. X seperti gadis lain yang mempunyai kasut 3-4 pasang kasut. Fatin akan pakai kasuttu sampai koyak teruk, dah teruk sangat baru dibeli lain. Punyalah jimat, bukan sebab kedekut, tapi sebab takut diungkit-ungkit oleh ayahnya asyik menghabiskan duit. Sedangkan ayahnya beri dia rm30je seminggu. Bayangkan diungkit-ungkit habiskan duit sedangkan sudah jadi kewajipan ayahnya beri nafkah terhadapnya. Kalau orang lain di universiti selagi boleh balik mesti balikkan??
Tapi, Fatin akan balik waktu cuti sem je , sebab kalau Fatin balik mesti akan menyusahkan maknya lagi. Sebab duit tiketpun maknya yang akan keluarkan duit. Adik – beradik Fatinpun mengalami nasib yang sama. Pernah ku tanya pada adik-adiknya, “ Faris, x beli buku rujukanke?” dijawab Faris yang tengah ambil SPM ketika itu, “err, x payah belipun xpe kak, guna buku teks cukuplah” ku tanya lagi, ”nape x mintak papa?”. Faris jawab dengan nada perlahan, “ sebab nanti....papa bising”. Kesian tengok adik2 Fatin mengalami nasib yang sama.
Kini, dah 4 tahun berlalu, alhamdulillah Fatin berjaya bergelar seorang guru. Kini, Fatin dapat tolong maknya sikit-sikit. Yang pasti, hidupnya di universiti bukan seindah seperti yang dilalui oleh insan yang bergelar mahasiswa. Owh lupa, kali terakhir jumpa adiknya masa cuti raya cina. Ku tanya sekali lagi, “ Faris, papa still camtuke?” dijawab Faris, “ aah, huh”. Ku tertanya sampai bila mereka sekeluarga akan mengalami “cerita sedih pasal duitni” yang berterusan. Huh.
Tamat.
Ceritani kalau nak diikutkan xde kehabisanpun sebab sampai sekarang ia masih berlaku. X perlu tanya banyak2, cuma ingin dikongsi cerita sedihni. Walaupun this is for a contest yang orang join, tapi masa orang karangni memang ada air mata yang mengalir mengenangkan kisah hidup Fatinni. Banyak yang x diceritakan, cukup dikongsi kisahnya sekadar renungan korang.
tuan buat blogni bernama khairi. Bila baca profile dia rasa diani agak hebat ohh.. nak tau nape? G skodeng sendiri kat blog dia k!!
kalau ada masa free pas exam boleh godek2 idea k..hehe
0 saya giler contest:
Post a Comment